Sunday, January 8, 2012

"Aku suka Padamu"

Masih lagi aku ingat ayat pertama yang kau ungkapkan yang buat hati aku rasa tenang bersamamu. Kau pernah bagitahu aku yang kau suka padaku. Kau juga suka berkawan dengan aku. Kalau boleh, di mana aku berada, di sana juga kau ingin bersama ku. Tapi aku tak sedar semua boleh jadi begini. Keadaan kita sangat berbeza. Adakah aku menaruh harapan terhadap mu? Aku mula terasa cemburu bila kau bersama orang lain. Hati ini terasa sakit. Bila kau mula menjauhkan dirimu, aku rasa sepi. Perasaan rindu mula membuak-buak. Mungkin ini balasannya kerana aku selalu marah dirimu jikalau kau selalu mengikuti aku. Kini aku mengerti. Aku tak rasa selesa jika kau tidak bersamaku. Adakah kau rasa selesa tanpa ku? Adakah kau merindui aku?

Sebenarnya. Aku suka kat dirimu. Aku sangat suka padamu. Sangat suka.

Kini kau di depan mata ku. Tolong jangan pergi. Jangan tinggalkan aku lagi. Stay dengan aku. Aku suka kau. Aku tak kesah perbezaan kita. Kerana aku sangat suka dirimu, semuanya akan sentiasa okay. Jangan risau.

"Sejak aku suka kau, aku tak boleh tidak menyukaimu lagi. Aku terlalu menyukaimu sehingga aku tak boleh buat yang aku tak suka kau. Aku tak boleh buat apa-apa tapi aku akan cuba tidak menampakkan yang aku suka padamu. Aku memang tak boleh lakukan apa-apa tapi aku nak kau tidak menyukai aku. Kalau aku ingin meninggalkan mu sedikit demi sedikit, kalau aku ingin berpisah dari mu, apa yang aku dapat lakukan ialah aku akan teruskan berlari. Lari dari pandanganmu."

#Adoi....sedih aku tengok cerita My Girlfriend is Gumiho ni. Kadang-kadang lawak tapi sampai part yang menyedihkan, aku tak sedar airmata aku menitis. Apa lah ending nya aa...

No comments:

Post a Comment