Saturday, January 7, 2012

Terase Ker Quotes #5

Some people need to realize that Facebook is a social network, NOT a diary.

Truth Quote #4

If you don't know, don't judge. You may be wrong. If you know, don't judge. Everybody has their own weakness.

Marah Tak Beroleh Apa-apa

Pagi-pagi dah mimpi hantu. Tapi bikin sedih. Pasal...Tak pa la. Biar orang yang terdekat dengan aku ja tahu kenapa.

Ugh!!! Pagi-pagi dah bikin spoil. Bikin tak da mood. Nasib kau tua dari aku. Itu lah aku malas kalau kena suruh-suruh ni. Kalau tak puas hati, buat sendiri bha. Nasib aku sedar aku ni menumpang saja. Kau tak suka, DO BY YOURSELF la bha! Aku paling tak suka kau komen-komen. Aku bukan artis mau di komen. Dah la. Malas mau fikir. Sampai ke malam nanti aku tak da mood nanti. Full stop!

Eh Lupa. Assalammualaikum. Hi. Apa-apa pun dah berlaku kita kena tempuhi juga dengan senyuman. Ya! Aku tak mau benda macam ni ganggu setiap detik jantung aku berdegup. Sabar. Itu yang aku mampu.

Hari ni stay di rumah saja. Macam tak biasa kan. Malas mau keluar, bikin penat ja. Keluar duit lagi. Oh yea. Semalam ada ter-"jumpa" org Malaysia a.k.a Orang Sabah di BlogTV. haha. Funny. Selama aku di sana, tu la 1st aku jumpa orang Malaysia Live on BlogTV. Tapi bikin bored la dia. Ntah apa-apa ja dia tu. Ah! Malas mau judge orang. Aku pun apa kurang nya. Lagi pun aku tak suka kena judge. Macam perfect ja kau mau judge orang lain. Like DUH!

Adoi! Keluar lagi bahasa tak sopan aku. Astafirullah al-azim. Bawa mengucap Ahie. Nah! Mula sudah aku teringat kat BlogTV lagi. Ini kali lah. Funny man bila orang putih sebut nama aku. hahaha.. AhieSaid. & try sebut cara orang putih sebut. "AHIE SAID" what? nevermind la. Lidah dorang keras sikit. hahaha

Friday, January 6, 2012

Truth Quote #3

People change for one of two reasons : They have learned a lot, or they have been hurt too many times.

Selamat Pagi Cinta!!!

Apa kah jadahnya aku pagi-pagi ni? Cinta? OH... salah tu. Selamat Pagi kepada sesiapa yang sempat bangun pagi k. :-P

 Kira tadi awal-awal pagi nak pergi bersenam. Tapi, mata ni sangat susah nak buka. Pasal semalam lambat sangat tidur. Susah nak tidur dan apalgi, Layan BlogTV yang tiada-tiada itu la. haha. So pagi-pagi ni aku cuma bersenam di kerusi, sambil-sambil jari jemari aku menyusur langkah demi langkah untuk menghasilkan karya aku pagi-pagi ini. Fuh!

Hari ni hidup prince senang sikit. Duduk rumah, online, makan (kalau ada selera) dan sambil-sambil dengar lagu. Tengok la apa nak buat. Ini lah kan hidup bujang. Tapi pagi tadi memang bikin panas. Perut meragam tak tentu pasal. Mungkin senang dah kot dia nak proses. Kalau dulu terlebih muatan makanan dalam perut aku. Tapi sekarang, sangat-sangat sikit so pemprosesan dia lebih awal siap dari jangkaan. Itu pasal la aku bangun awal ni. Sakit perut :) Tapi tak la seteruk kelmarin. Alhamdulilah sakit kurang dah. Boleh sudah rehat-rehatkan badan.

Thursday, January 5, 2012

Life Quote #2

A bad attitude is like a flat tire. If you don't change it, you'll never go anywhere.

Asal ja Malam...

Aku tak tahu lah apa penyakit baru aku ni. Asal ja malam yang dingin, masa yang sesuai untuk di ulit mimpi, di sana lah mata aku segar bugar. Sabar ja la. Perut aku, okay. Tak lapar. Tapi apa bha yang aku risau kan ni. Jiwa ini kacau you know. Aku rindu dia? Mungkin? Ya? jawapan artis: No comment. UGH! aku bukan artis nak sorok-sorok perasaan. Apa yang aku rasa sekarang dah beberapa hari menghantui aku. Eh! mungkin itu la pasal aku tak dapat tidur. Perasaan aku memain peranan. Jiwa aku hilang ntah kemana. Badan penat, tapi tak juga aku buat kerja berat. Aku mungkin cuma rindu. Tak pa lah. Lama kelamaan hilang juga perasaan ini. Mustahil apa yang aku rasa, dia juga rasa. Dia ada dunia dia. Hidup dia. Cara dia. Begitu juga aku. Malam tetap gerenti gelap. Cuma lampu yang cuba menerangi nya. Kadang-kadang langit malam tak juga hitam sepenuhnya. Pasti ada juga yang menemani dia.

Insyallah. Dia sihat dan hidup lebih bahagia. :)

Bila Terasa Bosan Sangat, JOM LAYAN...


Apa lagi. Layan BlogTV. Nak dengar geng BlogTV nyanyi live la. :)

LIVE Now!

Lepas beberapa minit:
oh Man. Tak sempat view Allyssa Bernal on BlogTV! ugh! Lambat. Connection slow. tersekat-sekat.
Mau tunggu Christina Grimmie Live la. :) Itu pun kalau dia muncul.

Sudah beberapa jam kemudian:
This Aussie girls mau aku Co-Host sambil2 dia Boardcast Live. Oh Tidak. Seluruh dunia yang online BlogTV boleh nampak. LOL. Aku tolak macam tu ja. Yala. Kena record everything on BlogTV. Aku bukan apa la. Banyak lagi yang boleh jadi Co-Host. Tapi dorang tak mau. So hope dorang can be a good singer in the future :) Kalau Co-Host for Grimmie ka okay juga. hahaha

Bisikan Jiwa, Santapan Hati

Setiap detik sudah berlalu. Pagi membawa diri dan memberi laluan untuk perindu malam meniti waktu nya. 24/7, itu saja yang berlaku dalam hidup kita. Cuma kita yang kena menghargai masa yang berulang-alik berdetik itu.

Setiap kali aku melangkah masuk untuk mandi, aku pasti rasakan sesuatu. "AH! Bukan sini tempat mu. Kau suka sangat menumpang kat badan aku. Aku tak suka! Tak pernah nak buat hidup ku senang," bentak ku pada lemak-lemak ku yang hodoh rupanya.

"Memang susah nak berdiet. Sebab aku pernah merasakannya semasa bulan puasa," kata anak buahku yang suka nak buat lawak. Aku tau dia cuba menggembirakan hati ku yang sering kali memikirkan lemak yang menumpang di tubuh ku ini. Ya! aku ketawa seperti biasa. (Hahaha)

Malam ni kakak aku masak sup ayam. Dan dia telah rebus mee. so Menu malam ni, Soto Ayam. Kalau dulu aku sangat-sangat buas kalau pasal makan. Sekarang, satu or dua ketul ayam yang kecil (bahagian tak da lemak) ja aku pilih. & aku sekarang berpantang tak makan kalau ada kicap. Nak jaga muka lah di katakan. Takut ada bekas-bekas(tompokan) hitam lepas jerawat.

Ahie say:

If you ever leave me, baby.
Leave some muffin at my door.
Oh yea..

Ahie say:

If you always judge a book by its cover, Nah! you might miss out on an amazing story. LOL

Bieber say:

"As hard as I've tried, I don't know how to not be adorable".

Ada saja

Lepas class tadi sempat lagi aku pergi meninjau-ninjau kamera dan hand-phone. Pendirian aku memang tak pernah nak "stay". Nampak kamera yang aku suka, especially Nikon, rasa macam nak beli yang itu. Tambahan lagi ada nampak Nikon 1. Tapi aku tetap gak nak yang 1 tu. Tapi....Al-maklum lah kan, tak mampu. Lepas tu tengok-tengok hand-phone pula. Adoi...Nak beli ka tak? Hand-phone yang ada pun masih okay. Tapi hati ni nak beli gak. Ah! tak pa la. Kumpul duit. Tengok lu macam mana. Kalau ada budget, or terasa mampu dah, beli lah. Ini lah manusia. Susah betul nak bersyukur. Asal ada yang paling latest, mesti nak.

Eh..sikit lagi den lupa. Baru-baru ni aku ada jumpa classmate DA. Dah bertahun-tahun aku kat campus tu, dia ingat aku orang KL. Jap.Ntah orang ke-berapa dah yang cakap macam tu. Muka aku macam orang KL? Cara aku cakap macam orang KL? adoi.. Aku guna bahasa melayu ja pun. Kang aku cakap kedayan, ada pula yang terngaga ni. haha

Okay la. Sekian.  :)

Temani ku di sini.

Ku duduk di tepi tingkap dan melihat awan kelabu menutupi cahaya sang matahari. Sungguh enak nya jika dapat baring-baring melihat ke atas dada langit. Melihat burung-burung berterbangan. Menghinggapi dahan-dahan sambil daun melambai-lambai di tiup nyaman oleh angin bayu.

Ku ingin merehatkan diriku. Merabahkan diriku sambil menutup mata. Mengimpikan keindahan jika aku dapat menyandar di sepohon pokok rendang. Dengan berlapikkan rumput yang menghijau dan serba-serbi anak-anak kecil sang bunga yang berwarni-warni.Tatkala aku menyandar ku terlihat anak-anak arnab bermain manja sesama mereka. Sambil sang rama-rama mendekati kuntuman bunga. Sungguh segar. Sungguh damai rasanya. Tanpa gangguan dari kesibukan kota.

Tapi itu cuma bayangan ku. Tapi yang pasti, kini ku hanya berada di dalam sebuah bilik. Dengan di temani bantal, selimut dan yang tak bernyawa. Yang hanya ku dapat lihat siling sambil kipas berputar laju. Pemandangan di luar tingkap serba sedikit menyenangkan hatiku. Adanya pokok-pokok di sekitar jalan raya,  di situ lah burung-burung berkicauan memanggil sesama mereka. Aku pun tak mengerti. Mungkin mama burung suruh anak nya balik rumah kot. :)

Hari pun kian mendung. Mungkin ku patut lelapkan mata ku. Penat dari class tadi masih terasa. Kesakitan kaki ku juga kian menggila. Makan ubat "painkiller" baru la diam tu sakit. :) Apa-apa pun. Mula kan hari kita dengan senyuman. Boleh gak exercise sikit kan. tegang gak otok-otok kat pipi tu.

Salam.

Wednesday, January 4, 2012

Truth Quote #1

Hurting someone with a truth is better than killing them with a lie.

Sesaat

Sesaat itu sungguh berharga. Sesaat itu sungguh bermakna. Sesaat itu tak dapat di kembalikan jika sesaat itu di sia-siakan. Sehingga kau sedar walaupun sesaat, ianya sudah mengubah hidup kita. Sehingga kau mengesali hanya kerana sesaat kau tertinggal. Demi sesaat, jangan menghampakan diri sendiri. Sampai lah sesaat itu di hargai walaupun sekadar "sesaat". Ingat! Sesaat itu sangat berguna. Biar kau hanya senyum sesaat, tapi kau sudah buat hati ku gembira melihat sesaat senyuman yang kau berikan kepada ku. YEAH! SMILE TO THE WORLD BEBEH!

Bunga Tatkala Hujan Turun


(ambil gambar masa hujan turun)

#kalau lah aku ada Nikon idamanku kan bagus. Setiap apa yang aku berkenan, ku sisipkan dalam memorinya. Tapi ku tetap bersyukur adanya HP ku yang boleh mengambil keindahan ini.
 Kadang-kadang kita tak nampak keindahan alam di depan mata kita. Kadang-kadang kita biarkan ianya hanya sekadar perhiasan semata-mata. Hargai lah keunikan alam kita. Sedap mata memandang, lagi sedap jika kita tahu menilainya.

Hujan...bawa lah rindu ku pergi

(4/1/2012 - hujan pukul 3 pm)

Tak ku sangka mimpi yang pernah ku alami menjadi realiti. Sungguh ku tak percaya hujan juga menutupi kisah sedih ku. Titisan air membasahi pipi ku tapi... Adakah air itu air mata ku ataupun hanya titisan hujan yang ingin menyejukkan aku :) Apa- apa pun, ku tetap senyum. Wahai hati, jangan biarkan kau di lukai lagi k. :)

Ku tak berdaya menahan kesakitan hati yang kian lama makin pedih rasanya. Seperti tusukan jarum halus menembusi hati ini. Kesedihan hidup ku kini sudah terhapus di bawa titisan air hujan. Alangkah seronok nya jika aku boleh merasai hidup yang sempurna. Di temani sentuhan warna-warni kebahagiaan. Di sinari cahaya untuk aku terus meneruskan perjalanan. Adakah permintaan aku sukar untuk di penuhi? Sedikit senyuman ikhlas membawa penuh erti dan bermakna dalam hidup ku. Kebahagiaan ku terletak di sini.

Akan Datang...

Belum habis lagi baca Tak Seindah Mimpi, terasa pula nak mengorak langkah baca novel Mengukir Bahagia karya Hani Fazuha...sabar, sabar... Habis kan satu per satu. :)


Usah Di Kenang

Bila di fikirkan memang tak mau di kenang masa yang telah berlalu. Tapi kadang-kadang masih terasa tempias kenangan yang pernah membawa aku seribu cerita kehidupan. Seperti cerita dalam novel. Pasti pengarang itu sendiri akan mengimbas kenangan dahulu watak tersebut untuk mencantikkan lagi bait-bait madah pengarang. Meskipun, pelbagai perkara yang berlaku walaupun hanya dalam masa yang agak singkat, tapi kehidupan ini mesti di teruskan. Bumi tetap sama cuma waktu berlalu pergi terlalu pantas. Kata orang, jangan di kejar benda yang tak pasti. Tapi aku tetap akan kejar impian ku. Akan setia melangkah ke hadapan. Walaupun ku terpaksa meredah kabus tebal yang tak ku tahu apa yang bakal ku tempuhi.

Keindahan Sang Bayu Pagi

Hembusan angin pagi menyegarkan diriku. Embun pagi yang 'menumpang' kasih pada rumput-rumput dan dedaun hijau menyenangkan 'kotak fikiranku'. Tarikan nafas panjang membuatkan aku ingin merasa suasana pagi di kampung. Kicauan burung, lambaian daun, titisan embun, tapi semuanya hanya sementara. Hidup berdekatan bandar semua itu hanya mimpi indah di siang hari. Kesibukan kota, asap bertaburan sehingga pelbagai penyakit mengundang sampai tak terduga. Tapi apa kan daya, jika itu lah lumrah kehidupan hidup di kota.

Kesegaran pagi, hanya berkekalan sehingga sinaran matahari muncul di dada laut. Pancaran terik yang makin menembusi pipi-pipi ozon kini semakin nipis. Agaknya kita lupa menjaga apa yang patut kita jaga. Tapi adakah terlambat? Terlambat untuk menyelamatkan bumi kita yang kian kontang? Manusia lupa tanggungjawab bersama. Membiarkan sampah meliputi sungai, longkang. Tapi sekiranya berlaku banjir, siapa patut di persalahkan? Adakah kempen Anti Kutu Sampah sudah berjaya? ataupun berjaya di laksanakan? Adakah kempen pengurangan beg plastik setiap isnin, sabtu dan ahad memberi perubahan? Kenapa dulu manusia boleh hidup tanpa semua ini? plastik di gantikan kepingan-kepingan kertas. AH! Itu dulu. Zaman dah berubah. Manusia semakin tamak. Manusia semakin suka hidup bersendirian. Individualism.

Kepekaan pihak bertanggungjawab makin jauh jurangnya. Adakah mereka lalai untuk memikul tanggungjawab sekecil ini? Mungkin aku terlebih berfikir. Mungkin juga, aku terlalu emosi. Cuma cuaca sekarang makin memanas. Terasa haba menusuk liang roma di muka ku. Pedih! Panas! HITAM!

Amalkan lah sikap ambil berat. Amalkan la sikap BERTANGGUNGJAWAB. Ianya boleh mengurangkan seorang lagi dan menyelamatkan bumi kita yang kian memanas tak tentu pasal. Apa-apa yang patut di buang bukan di buang merata-rata. Banyak tong sampah di sediakan. Jaga lah kebersihan. Bukan saja kebersihan di rumah, tapi di sekitar hidup kita. Jangan tamak. Ambil masa sekejap untuk melakukan nya. Perubahan membawa erti yang besar kepada generasi yang akan datang. Insyallah.

Tuesday, January 3, 2012

Tak Seindah Mimpi

Walaupun novel ni aku beli 'second-hand' tapi cerita dalamnya tak pernah berubah. Apa yang ku ingin kan hanya mencari 'buah fikiran' di mana aku boleh mengasah minda ku. Kini, aku mula tertarik hati untuk membaca novel semula setelah sekian lama tidak menjenguk novel terakhir ku, Ombak Rindu. Tak ku sangka novel yang pernah ku baca sekarang tengah hangat di kaca televisyen, mahupun panggung wayang. Memang ada perbezaan ketara antara kisah dalam novel dan movie nya di tayangkan. Tapi itu hak masing-masing untuk mengadaptasikan sesebuah karya agar para penonton asyik dan menyukai karya mereka itu.

Novel Tak Seindah Mimpi, walaupun ianya keluaran lama, tak bermakna cerita karya seseorang itu tak dapat memberi inspirasi kepada ku. Pelbagai cetusan idea telah di persembahkan. Ianya telah menarik minat ku untuk terus mengolah dan mengikuti arus perjalanan ceritanya. YA!Mungkin juga, minatku kepada novel kini oleh kerana sejak demam "Ombak Rindu". Ini telah menyedarkan aku betapa seronoknya merehatkan diri dengan membaca hasil karya orang lain. Terasa tenang dan ada kalanya cerita dalam novel mengingatkan aku tentang kehidupan sebenar.

Tak Seindah Mimpi karya Sharifah Abu Salem sungguh memberi kesan kepada ku. Novel tak la setebal mana, tapi aku sudah membacanya separuh jika ada masa terluang (baru 2 hari aku bacanya). Permulaan ceritanya sangat best sehingga membuatkan aku 'terlena' selama 3 jam menghayati kisah hidup watak dalam cerita ini. Ianya mengisahkan seorang gadis kampung, Norjinah, baru sahaja habis STPM. Sambil-sambil dia menunggu result keluar, dia pun bekerja sebagai tukang gaji di sebuah rumah mewah di kota. Rumah itu milik seorang lelaki, Razif, yang sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan, Amira & Balkis. Tetapi kehidupan Razif mengalami masalah. Isteri nya, Salmi telah meninggalkan mereka demi 'jantan' lain. Kebodohan isterinya yang 'buta' kasih sayang itu telah menerima balasan apabila terlibat dalam suatu kemalangan yang tragis. Kemalangan itu ada kaitan dengan 'kekasih gelap' isterinya. Ianya telah mengakibatkan Salmi lumpuh dan tak berdaya untuk menjalani kehidupan seperti dahulu. Razif, walaupun sudah ditinggalkan isterinya selama 2 tahun, tetap sayang dan mencintai isterinya. Tapi emak Razif, Puan Aida dari sebelum kahwin memang tak suka Salmi...dan akhirnya........

Ya. benar. Aku belum habis baca novel ni tapi tajuk novel ni memang sangat 'kena' sama ceritanya. Dari permulaan sudah menampakkan maksud tersurat dan tersirat tajuk novel tersebut. Pelbagai cerita, situasi yang terpaksa Norjinah tempuhi sehingga apa yang di impikan nya......
(tak siok kalau cerita, bagus baca :) kalau nak, boleh pinjam)


2012! Its Gonna Be the BOMB! haha.

Kehidupan ku terlalu berliku-liku. Dari kisah percintaanku, hingga kisah hidup ku. Pelbagai cerita yang boleh ku buku kan tapi apakan daya, aku bukan seorang penulis bicara hati seperti karyawan-karyawan yang mudah untuk mengukir sebuah cerita yang menghayat hati. Kadang-kadang aku sendiri tak tahu mana nak ku tuju. Mungkin aku boleh tafsirkan diri ku ini seperti "sampah". Hanya menunggu arus ombak membawa ku pergi. Mengikut ke mana yang dapat ku pergi sehingga tak terdaya lagi. Mungkin juga aku boleh mentafsirkan diriku seperti "bintang". Yang tetap setia menanti walaupun terpaksa menanti sang matahari berlalu pergi.

Setiap perjalanan hidup ini telah mendewasakan aku. Tak kira kisah sedih ataupun bahagia telah ku tempuhi dengan pelbagai peristiwa yang sukar untuk ku jangka kan. Tapi ianya telah memberi inspirasi segar di minda ku agar aku dapat hidup lebih tabah untuk masa akan datang. Perjalanan hidup ku masih jauh. Ya! sangat jauh. Angan-angan ku masih di awangan. Tapi tak mungkin ku berputus asa begitu saja. Tak siapa tau apa yang akan berlaku selepas ni. Seperti sebuah buku, mungkin kita boleh mengagak nya tapi kadang-kadang tanggapan kita salah. Begitu juga masa depan ku, mungkin lagi banyak onak duri yang akan ku tempuhi. Siapa tau kan.

2012. Memberi ku nafas baru. Ku ingin bebas membawa diriku untuk merasa kehidupan ini. Tak kira betapa besarnya atau tingginya tembok yang terpaksa ku rentasi, akan ku teruskan hidup ini. Aku percaya setiap apa yang telah berlaku membawa banyak kenangan dan erti untuk aku bersedia lebih awal. Lebih awal untuk meneruskan hidup yang mungkin aku tak jangka kan berlaku.

So guys... tak pa kalau tak da azam baru.. asalkan kita tahu yang kita hidup bukan untuk menyusahkan diri. Bersedia untuk menempuhi apa juga, duka ataupun gembira. Ingat orang sekeliling kita. Jika pernah menyinggung perasaan mereka, minta maaf lah. Belum terlambat kan? Dunia tak menanti kita.