Tuesday, January 3, 2012

2012! Its Gonna Be the BOMB! haha.

Kehidupan ku terlalu berliku-liku. Dari kisah percintaanku, hingga kisah hidup ku. Pelbagai cerita yang boleh ku buku kan tapi apakan daya, aku bukan seorang penulis bicara hati seperti karyawan-karyawan yang mudah untuk mengukir sebuah cerita yang menghayat hati. Kadang-kadang aku sendiri tak tahu mana nak ku tuju. Mungkin aku boleh tafsirkan diri ku ini seperti "sampah". Hanya menunggu arus ombak membawa ku pergi. Mengikut ke mana yang dapat ku pergi sehingga tak terdaya lagi. Mungkin juga aku boleh mentafsirkan diriku seperti "bintang". Yang tetap setia menanti walaupun terpaksa menanti sang matahari berlalu pergi.

Setiap perjalanan hidup ini telah mendewasakan aku. Tak kira kisah sedih ataupun bahagia telah ku tempuhi dengan pelbagai peristiwa yang sukar untuk ku jangka kan. Tapi ianya telah memberi inspirasi segar di minda ku agar aku dapat hidup lebih tabah untuk masa akan datang. Perjalanan hidup ku masih jauh. Ya! sangat jauh. Angan-angan ku masih di awangan. Tapi tak mungkin ku berputus asa begitu saja. Tak siapa tau apa yang akan berlaku selepas ni. Seperti sebuah buku, mungkin kita boleh mengagak nya tapi kadang-kadang tanggapan kita salah. Begitu juga masa depan ku, mungkin lagi banyak onak duri yang akan ku tempuhi. Siapa tau kan.

2012. Memberi ku nafas baru. Ku ingin bebas membawa diriku untuk merasa kehidupan ini. Tak kira betapa besarnya atau tingginya tembok yang terpaksa ku rentasi, akan ku teruskan hidup ini. Aku percaya setiap apa yang telah berlaku membawa banyak kenangan dan erti untuk aku bersedia lebih awal. Lebih awal untuk meneruskan hidup yang mungkin aku tak jangka kan berlaku.

So guys... tak pa kalau tak da azam baru.. asalkan kita tahu yang kita hidup bukan untuk menyusahkan diri. Bersedia untuk menempuhi apa juga, duka ataupun gembira. Ingat orang sekeliling kita. Jika pernah menyinggung perasaan mereka, minta maaf lah. Belum terlambat kan? Dunia tak menanti kita.

No comments:

Post a Comment