Tuesday, January 3, 2012

Tak Seindah Mimpi

Walaupun novel ni aku beli 'second-hand' tapi cerita dalamnya tak pernah berubah. Apa yang ku ingin kan hanya mencari 'buah fikiran' di mana aku boleh mengasah minda ku. Kini, aku mula tertarik hati untuk membaca novel semula setelah sekian lama tidak menjenguk novel terakhir ku, Ombak Rindu. Tak ku sangka novel yang pernah ku baca sekarang tengah hangat di kaca televisyen, mahupun panggung wayang. Memang ada perbezaan ketara antara kisah dalam novel dan movie nya di tayangkan. Tapi itu hak masing-masing untuk mengadaptasikan sesebuah karya agar para penonton asyik dan menyukai karya mereka itu.

Novel Tak Seindah Mimpi, walaupun ianya keluaran lama, tak bermakna cerita karya seseorang itu tak dapat memberi inspirasi kepada ku. Pelbagai cetusan idea telah di persembahkan. Ianya telah menarik minat ku untuk terus mengolah dan mengikuti arus perjalanan ceritanya. YA!Mungkin juga, minatku kepada novel kini oleh kerana sejak demam "Ombak Rindu". Ini telah menyedarkan aku betapa seronoknya merehatkan diri dengan membaca hasil karya orang lain. Terasa tenang dan ada kalanya cerita dalam novel mengingatkan aku tentang kehidupan sebenar.

Tak Seindah Mimpi karya Sharifah Abu Salem sungguh memberi kesan kepada ku. Novel tak la setebal mana, tapi aku sudah membacanya separuh jika ada masa terluang (baru 2 hari aku bacanya). Permulaan ceritanya sangat best sehingga membuatkan aku 'terlena' selama 3 jam menghayati kisah hidup watak dalam cerita ini. Ianya mengisahkan seorang gadis kampung, Norjinah, baru sahaja habis STPM. Sambil-sambil dia menunggu result keluar, dia pun bekerja sebagai tukang gaji di sebuah rumah mewah di kota. Rumah itu milik seorang lelaki, Razif, yang sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan, Amira & Balkis. Tetapi kehidupan Razif mengalami masalah. Isteri nya, Salmi telah meninggalkan mereka demi 'jantan' lain. Kebodohan isterinya yang 'buta' kasih sayang itu telah menerima balasan apabila terlibat dalam suatu kemalangan yang tragis. Kemalangan itu ada kaitan dengan 'kekasih gelap' isterinya. Ianya telah mengakibatkan Salmi lumpuh dan tak berdaya untuk menjalani kehidupan seperti dahulu. Razif, walaupun sudah ditinggalkan isterinya selama 2 tahun, tetap sayang dan mencintai isterinya. Tapi emak Razif, Puan Aida dari sebelum kahwin memang tak suka Salmi...dan akhirnya........

Ya. benar. Aku belum habis baca novel ni tapi tajuk novel ni memang sangat 'kena' sama ceritanya. Dari permulaan sudah menampakkan maksud tersurat dan tersirat tajuk novel tersebut. Pelbagai cerita, situasi yang terpaksa Norjinah tempuhi sehingga apa yang di impikan nya......
(tak siok kalau cerita, bagus baca :) kalau nak, boleh pinjam)


No comments:

Post a Comment