Wednesday, January 4, 2012

Keindahan Sang Bayu Pagi

Hembusan angin pagi menyegarkan diriku. Embun pagi yang 'menumpang' kasih pada rumput-rumput dan dedaun hijau menyenangkan 'kotak fikiranku'. Tarikan nafas panjang membuatkan aku ingin merasa suasana pagi di kampung. Kicauan burung, lambaian daun, titisan embun, tapi semuanya hanya sementara. Hidup berdekatan bandar semua itu hanya mimpi indah di siang hari. Kesibukan kota, asap bertaburan sehingga pelbagai penyakit mengundang sampai tak terduga. Tapi apa kan daya, jika itu lah lumrah kehidupan hidup di kota.

Kesegaran pagi, hanya berkekalan sehingga sinaran matahari muncul di dada laut. Pancaran terik yang makin menembusi pipi-pipi ozon kini semakin nipis. Agaknya kita lupa menjaga apa yang patut kita jaga. Tapi adakah terlambat? Terlambat untuk menyelamatkan bumi kita yang kian kontang? Manusia lupa tanggungjawab bersama. Membiarkan sampah meliputi sungai, longkang. Tapi sekiranya berlaku banjir, siapa patut di persalahkan? Adakah kempen Anti Kutu Sampah sudah berjaya? ataupun berjaya di laksanakan? Adakah kempen pengurangan beg plastik setiap isnin, sabtu dan ahad memberi perubahan? Kenapa dulu manusia boleh hidup tanpa semua ini? plastik di gantikan kepingan-kepingan kertas. AH! Itu dulu. Zaman dah berubah. Manusia semakin tamak. Manusia semakin suka hidup bersendirian. Individualism.

Kepekaan pihak bertanggungjawab makin jauh jurangnya. Adakah mereka lalai untuk memikul tanggungjawab sekecil ini? Mungkin aku terlebih berfikir. Mungkin juga, aku terlalu emosi. Cuma cuaca sekarang makin memanas. Terasa haba menusuk liang roma di muka ku. Pedih! Panas! HITAM!

Amalkan lah sikap ambil berat. Amalkan la sikap BERTANGGUNGJAWAB. Ianya boleh mengurangkan seorang lagi dan menyelamatkan bumi kita yang kian memanas tak tentu pasal. Apa-apa yang patut di buang bukan di buang merata-rata. Banyak tong sampah di sediakan. Jaga lah kebersihan. Bukan saja kebersihan di rumah, tapi di sekitar hidup kita. Jangan tamak. Ambil masa sekejap untuk melakukan nya. Perubahan membawa erti yang besar kepada generasi yang akan datang. Insyallah.

No comments:

Post a Comment