Wednesday, January 4, 2012

Usah Di Kenang

Bila di fikirkan memang tak mau di kenang masa yang telah berlalu. Tapi kadang-kadang masih terasa tempias kenangan yang pernah membawa aku seribu cerita kehidupan. Seperti cerita dalam novel. Pasti pengarang itu sendiri akan mengimbas kenangan dahulu watak tersebut untuk mencantikkan lagi bait-bait madah pengarang. Meskipun, pelbagai perkara yang berlaku walaupun hanya dalam masa yang agak singkat, tapi kehidupan ini mesti di teruskan. Bumi tetap sama cuma waktu berlalu pergi terlalu pantas. Kata orang, jangan di kejar benda yang tak pasti. Tapi aku tetap akan kejar impian ku. Akan setia melangkah ke hadapan. Walaupun ku terpaksa meredah kabus tebal yang tak ku tahu apa yang bakal ku tempuhi.

No comments:

Post a Comment