Thursday, January 5, 2012

Bisikan Jiwa, Santapan Hati

Setiap detik sudah berlalu. Pagi membawa diri dan memberi laluan untuk perindu malam meniti waktu nya. 24/7, itu saja yang berlaku dalam hidup kita. Cuma kita yang kena menghargai masa yang berulang-alik berdetik itu.

Setiap kali aku melangkah masuk untuk mandi, aku pasti rasakan sesuatu. "AH! Bukan sini tempat mu. Kau suka sangat menumpang kat badan aku. Aku tak suka! Tak pernah nak buat hidup ku senang," bentak ku pada lemak-lemak ku yang hodoh rupanya.

"Memang susah nak berdiet. Sebab aku pernah merasakannya semasa bulan puasa," kata anak buahku yang suka nak buat lawak. Aku tau dia cuba menggembirakan hati ku yang sering kali memikirkan lemak yang menumpang di tubuh ku ini. Ya! aku ketawa seperti biasa. (Hahaha)

Malam ni kakak aku masak sup ayam. Dan dia telah rebus mee. so Menu malam ni, Soto Ayam. Kalau dulu aku sangat-sangat buas kalau pasal makan. Sekarang, satu or dua ketul ayam yang kecil (bahagian tak da lemak) ja aku pilih. & aku sekarang berpantang tak makan kalau ada kicap. Nak jaga muka lah di katakan. Takut ada bekas-bekas(tompokan) hitam lepas jerawat.

No comments:

Post a Comment