Wednesday, January 18, 2012

Miss you Bucu

Check Fb yang for my family punya. & nampak post2 my cousin yang kat JB sekarang. Happy sakan dia kat sana ngan husband dia. makan durian la. masak kari kepala ikan la. macam-macam la. Gembira gak tengok my cousin happy. Rindu dia sangat2 tau. 

& aku tengok-tengok la semua photo yang ada kat album dia. & aku nampak album "Engagement Day". Time tu aku tengah Final Exam, so aku tak dapat pi time tu. & Aku nampak gambar arwah mummy dia. Tiba-tiba hati aku terasa sebak. Satu titisan air mata aku jatuh. Aku sedih. Aku mula menangis. Aku rindu Bucu. Banyak kenangan sama arwah. Dia lah makcik aku yang paling BEST. Aku anggap dia macam mama aku. Kalau aku kat rumah dia, pasti dia suruh aku makan kat sana. dinner terutamanya. Rindu masakan dia. Dia tau apa yang aku suka. "Tempe". Dia ja yang pandai masak. & aku suka makan. Bucu, aku rindu sama bucu.

Kalau dulu, selalu gak aku tidur sama bucu di rumah. sama Adie. Tapi sekarang. rumah bucu sunyi sudah. Asal aku balik Labuan, aku tak tau mau pi mana. Kalau ada bucu, dapat jua aku cerita-cerita sama bucu di rumah. Adie di JB, Batu Pahat. Jauh. Sedih aku. Tapi aku redha dengan pemergian bucu. Bucu tetap dalam kenangan. Selamanya. Sayang bucu sangat-sangat. :'(

Kali terakhir semasa aku jumpa arwah semasa hidup, semasa arwah kat Hospital di KK. Aku tolong Adie, jaga bucu di hospital. Tidur di lantai dengan tikar. siok. Aku tak penat jaga bucu. Bucu baik. sangat baik. Bagi aku makan. Tapi Tuhan sangat sayang kat Bucu.. kan? Semoga bucu sihat kat sana k. Semoga bucu di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman k. Amin.

"Mama..Aku tau mama lagi sedih dari aku. Arwah bucu, adik mama, bestfriend mama. sunyi kan tanpa bucu ma?" :'(

#Al-fatihah buat makcik kesayangan aku.

No comments:

Post a Comment