Thursday, January 19, 2012

Seindah Pelangi

Perasaan semasa bercinta sangat indah. Indah di pandangan, indah lagi bila di luahkan dengan perasaan. Setiap keikhlasan di abadikan dalam perhubungan. Seperti seindah pelangi selepas hujan. Keindahan cinta memang seperti pelangi. Hanya sementara. Perasaan yang dulu nya hanya untuk cinta itu tapi sekarang hilang di bawa pergi. Tiada lagi pelangi. Tiada lagi keindahan itu. Aku percaya, setiap keindahan itu hanya sementara. Hanya mainan perasaan yang sekadar untuk memberi rasa sayang. Di hargai? Ya. Tapi masa itu saja. Lepas ni? Tiada lagi. Yang indah seperti madu kini pahit seperti hempedu.

Ku bukan bermadah pujangga. Seperti kisah cinta Romeo & Juliet. Mungkin hanya bayangan sang pencinta yang hanya tahu mencari cinta sejati. Menanti seperti burung pungguk rindukan bulan. Setia seperti kerbau yang di cucuk hidungnya. Tapi semua tu sia-sia, jika cinta yang mula nya mekar kini layu seperti tak berlagu lagi. Hanya sayup-sayup kedengaran lagu kesedihan seperti di corong radio.

Ini hanya lah sindiran bagi aku yang terlalu percaya yang cintaku ini untuk dirinya. Aku mula sedari bahawa aku masih ada lagi sinar matahari & si hitam manis sang bulan. Yang ku nanti, akan berkunjung ke sini. Di hati ku. Tapi tak mudah untuk ku lafaz kan nya. Biar ianya nya menerusi hati ke hati. Dari mata jatuh ke hati. :)

# Coretan Ikhlas dari Hati

No comments:

Post a Comment