Wednesday, January 11, 2012

Warnamu Hitam

Hati ini seperti langit malam yang hanya di temani bintang dan bulan. Jika bintang dan bulan tiada, sunyilah hati ini. Tapi kesunyian ini tak akan berlarutan. Mungkin aku terlalu awal menyatakan hasrat hatiku ini, tapi mungkin juga ianya masa yang sesuai untuk aku berbuat demikian.

Kegelapan malam menyentuh hatiku. Keindahan ciptaan tuhan yang masih dapat ku rasakan. Hidup ku di dunia ni atas kehendakNya. Alhamdulilah. Pelbagai rintangan aku tempuhi dari segi fizikal dan mentality aku, ku gagahi juga. Aku redha akan pemergiannya. Dan aku redha jika hati ini mula pudar warnanya.

Aku juga tak boleh halang hati ini. Setiap harapan yang makin terkubur, setiap perasaan cinta yang makin asing dalam diri ini, ku harap berhenti tanpa menyakitkan hati masing-masing. Adakah aku perlu memikirkan hati orang lain lagi dalam situasi ku ini? Seperti nya aku perlu sayang diri ku lebih dari apa saja.

Setiap detik malam pun berlalu. Setiap saat ku meninggalkan terasa laju. Usah di kenangan apa yang tak pasti. Cuma yang ku patut fikirkan yang ada di hadapan ku kini. Kalau ada jodoh, takkan ke mana. :)

No comments:

Post a Comment