Monday, January 16, 2012

Water * Air

Water atau pun air. Air atau pun udara.
Apapun air&udara saling berkaitan.

Aku menyedari semua ini apabila aku mandi. Selalunya aku mandi sangat cepat. Tapi dalam beberapa hari ni aku betul-betul menikmati masa ku dengan lebih berharga. Masa terbaik adalah masa yang diberikan untuk memanjakan diri di bilik mandi. Sebenarnya sungguh menyegarkan apabila air yang mencurah-curah melimpasi tubuhku. Sejuk or suam-suam sungguh menyenangkan tubuhku. Terasa kepenatan hilang begitu sahaja.

Adakah aku terlalu memanjakan diriku?
Tak salah kan buat macam tu. Setiap kali kita tidur tak semestinya kita dapat tidur dengan selesa. Kadang-kadang badan terasa sengal dan kurang selesa selepas bangun. Tapi dengan air sejuk or suam-suam yang mengenai tubuh kita dapat membantu darah mengalir dengan sempurna dalam tubuh kita sendiri.

Apabila mandi pasti kita teringat apa yang akan berlaku selepas ini or apa yang jadi sebelum itu. Cuba kita ambil masa untuk merehatkan diri sambil mandi. Lupakan segala masalah. Lupakan perkara yang menyedihkan. Lupakan perkara yang menyakitkan. Fikir perkara positive. Tenangkan fikiran. Tarik nafas dengan sesegarnya. Kita memerlukan banyak oksigen untuk membantu otak kita berfungsi dengan sempurna. Pengaliran udara yang secukupnya membantu kita lebih bertenaga.

Pejamkan lah mata.
Ingat! Tak siapa yang dapat menganggu  Tak ada yang boleh menghalangkan diri ini dari dimanjakan oleh air dan udara tenang pasti membantu kita lebih selesa.

Fikirlah dengan positive. Ketenangan jiwa membuatkan mu lebih ceria :)

# Ni topik terkeluar pasal ada yang mandi lewat ni hari.. :P

No comments:

Post a Comment